Friday, July 30, 2010

semangat perjuangan

Adakah tersemat semangat perjuangan dalam diri kita...Dewasa ini anak-anak muda gemar mempamerkan semangat perjuangan di jalanraya , berbeza dengan veteren kita dahulu yang sanggup bergadai nyawa demi menpertahankan negara. Alangkah bagusnya jika anak- anak muda kita sanggupbergadai nyawa untuk negara yang tercinta.  Semangat perjuangan mereka di jalan raya wajar ditukarkan ke aktiviti yang lebih berfaedah.

Kebanyakan mereka mati dengan sia-sia. Insaflah wahai anak-anak muda, mati di medan pertempuran lebih baik dan dirahmati dari mati dijalanraya., contohilah semangat perjuangan orang dahulu seperti Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Tok Gajah. Kesimpulannya kita rakyat Malaysia tak kira agama atau  bangsa harus semangatkan dalam diri kita semangat cintakan negara.Setiap rakyat malaysia, tak kira kecil besar, tua muda seharusnya ada semangat 1 Malaysia. Itulah yang dikatakan PATRIOTISME ASAS 1 MALAYSIA.

No comments:

Post a Comment